♥ ♥ Ketika Mars Dan Venus Saling Jatuh Cinta ♥ ♥

2:50:00 PM


MENS ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS

Ketika kita keliru berfikir bahawa lelaki dan wanita adalah sama, maka terciptalah hubungan yang dipenuhi pengharapan yang tidak realistis.We mistakenly assume that if our partners love us, they will react and behave in certain ways like the way we react and behave when we love someone. Dengan memahami bahawa lelaki dari Mars dan wanita dari Venus, kita mulai menafsirkan perilaku dan tanggapan pasangan kita dengan wawasan baru.Wawasan penting ini telah memberikan jalan bagi ribuan pasangan untuk menemukan cara menyalakan kembali cinta api dalam hubungan mereka dengan cara unik mereka masing-masing.

We are not alone,
Mengetahui bahawa banyak pasangan lain juga merasakan hal yang sama, ini dapat membebaskan pasangan dari keinginan untuk saling menyalahkan. Dengan memahami hal ini, kita akan  berhenti menuduh bahawa ada yang tidak kena dengan pasangan kita atau dia sudah tidak mencintai diri kita lagi.
When our partner resists us, it is probably because we have made a mistake in our timing or approach.


Learn to retreat
Warga Mars mempunyai kebiasaan masuk ke dalam gua mereka. Warga Mars bersifat pendiam dan keras, mereka tidak mudah membahagi perasaannya dengan pasangan seperti warga Venus bila berusaha untuk menyelesaikan masalah. Ketika warga Venus mulai menyedari kebolehannya untuk memperbaiki keadaan selama ini hanya memburukkan keadaan, dia mulai berundur sehingga segalanya berubah.
Mars mulai berubah. Ketika berada di luar guanya, dia jauh lebih memberi perhatian dan tertarik kepada Venus. 

Be a good listener 
Belajar untuk mendengar adalah hadiah terpenting untuk memahami bahawa wanita berasal dari Venus.
Dalam berkomunikasi kebanyakan warga Mars menjadi akan menjadi penyelesai masalah. Setiap kali seorang wanita berbicara tentang apa yang menganggu fikiranna, lelaki akan memberikan jalan penyalesaian kepada pasangannya. Mars akan menyalesaikan masalah, memperbaiki perasaannya, dan mencoba menyelesaikan masalahnya dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Mars akan berusaha muntuk menyelesaikan setiap masalah tersebut kecuali masalah yang benar-benar yang ingin diselesaikan oleh pasangannya, iaitu “hanya sekedar menjadi pendengar setia”.

Seorang lelaki perlu ingat jika seorang wanita itu mengeluhkan sebuah masalah, tidak bererti wanita itu menyalahkannya. Sebaliknya wanita itu sedang menumpahkan rasa kekecewaannya dengan menyuakan  masalahnya. To feel better Venusians must get together and openly talk about their problems but Martians go to their caves to solve their problems alone. Sedangkan Venus mengharapkan seorang lelaki untuk mendengarkan dan memahami. Venus berfikiran jika seorang lelaki mencintainya, maka dia akan berkongsi rasa melalui komunikasi antara satu sama lain.

Venus juga perlu menyedari bahwa lelaki berkongsi rasa melalui tindakan. Mendengarkan secara pasif membuat seorang lelaki merasa seolah-olah tidak melakukan apa-apa pun untuk membantu. Bila Venus memberikan penghargaan padanya kerana ingin berkomunikasi, lelaki akan merasa telah membantu dan hal ini membuatnya merasa lebih bahagia.Dengan mendengar secara serius, maka berkembanglah rasa percaya. Kesediaan Mars untuk mendengarkan Venus dapat mengubah semuanya. Mereka mulai merasa seperti rakan. Pemahamaan perbezaan di antara lelaki dan wanita menghasilkan rasa percaya, yang memberikan banyak rasa aman. Di sanalah cinta akan tumbuh subur.

Fewer do and fall in love
Wanita selalunya berkeinginan untuk mengatur segalanya sesuai mengikut kehendaknya, maka berhentilah berbuat lebih banyak untuk Mars dan berhenti memintanya berbuat lebih untuk Venus ataupun mengubahnya. Dengan melakukan perubahan ini,Venus akan mendapati bahawa Mars akan keluar dari guanya dan melakukan apa yang dikehendakinya. Warga Mars benci diberitahu apa yang harus dilakukan dalam hidupnya. Bila Venus belajar untuk bertanya terlebih dahulu adakah si lelaki bersedia mendengarkan pendapatnya, Mars akan benar-benar menghargai Venus. Walaupun apa yang telah dilakukan Mars mugkin masih kurang sesuai dengan keinginan, Venus perlu berlatih untuk menghargai apa pun yang telah dilakukan oleh Mars.

Menghargai tindakannya sama seperti menggunakan ramuan cinta ajaib dan pasangan akan mulai jatuh cinta sekali lagi.

Finding yourself firts then we
Ada seorang wanita yang kecanduan cinta. Selama ini Venus mengimpikan cinta mengikut versi atau fantasinya sendiri. Venus ingin dicintai sehingga dia menjadi pengganti apapun yang diinginkan seorang lelaki dan kehilangan jati dirinya. Wanita menjadi begitu menyatu dengan seorang lelaki sehingga mengabaikan keperluan dirinya sendiri atau siapa dia atau apa yang dia perlukan bahkan apa yang dia sukai. Wanita hanya hadir dalam hidup pasangannya dan menjadi sebuah tambahan dirinya, namun akhirnya dia merasa tidak bahagia dan tidak mendapatkan apa yang diingininya dalam hubungan tersebut.

Kita perlu mencintai diri sendiri dulu sebelum mencintai orang lain. Mencari tahu mengenai diri sendiri, tentang apa yang disukai, tidak disukai, apa yang tidak akan diterima, apa yang mungkin dapat diterima. Sedar bahawa kita dapat menjadi diri kita sepenuhnya di samping pasangan kita, bukan hanya sekadar aksesori. Sedar sepenuhnya bahawa kita boleh hidup tanpanya, boleh berfungsi tanpanya, dan boleh mempunyai sebuah kehidupan yang sempurna tanpanya.
Kita tidak harus mengubah diri sendiri untuk dicintai oleh pasangan. Kita memilih untuk hidup dengan seseorang kerana itu kita ingini, bukan kerana putus asa.


MEN ARE MOTIVATED AND EMPOWERED WHEN THEY FEEL NEEDED, AND WOMEN ARE MOTIVATED AND EMPOWERED WHEN THEY FEEL CHERISHED





You Might Also Like

0 mochachino

Instagram